Wednesday 12 November 2014

NUKILAN SEORANG PERINDU


AYAH
Jasamu ayah akan ku kenang hingga akhir hayat. 
Begitu pantas masa berlalu,
Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun ayah tinggalkan kami, 
Kami redha akan ketentuan Ilahi,
Kami merindui mu ayah, 
Begitu besar jasamu terhadap kami,
Begitu besar pengorbananmu dalam mendidik kami,

AYAH,
Masih segar diingatanku kata-katamu, 
"Ku tak punya harta yang ditinggalkan kepada kamu semua"
"Pendidikan yang aku berikan itu lah hartamu dariku untuk masa depan kamu"
"Teruskan belajar tanpa mengenal erti jemu"
Kini kami semua sudah menggapai menara gading, 
Alhamdulilah berkat pengorbanan lelaki bergelar ayah. 

AYAH, 
Terima kasih ayah,  
Terima Kasih kerana sabar akan mendidik kami,
Terima Kasih untuk segala pengorbanan kamu,
Terima Kasih memberi kami peluang merasai kebahagiaan bersamamu,
Terima kasih atas semuanya,
Terima Kasih duhai ayah tercinta,
Terima Kasih Ya Allah.

AYAH
Tiada lelaki sehebat kamu, 
Tiada lelaki sehensem kamu, 
Tiada lelaki setabah kamu,
Tiada lelaki sekuat kamu, 
Tiada, Tiada dan tak mungkin tiada !


wajah ceria ayah, menyimpan penuh rahsia. penat lelah ayah, tidak pernah berkongsi cerita. ketabahan seorang ayah tidak mampu kami duga. hebatnya ayah, tetap ceria dalam tabah. wajah ceria ayah, mengundang sebak rinduku. rinduku padamu tidak pernah pergi, hanya doa anak-anak mu mengirimu di alam sana. Kami amat merindui saat bersamamu ayah. senyumanmu, gelak ketawamu masih bermain difikiranku. biarpun kau hilang dimata, tapi tak mungkin hilang dihati. kami bangga punya ayah seperti kamu! Salam Sayang dari kami sekeluarga. doa anak-anak mu tak pernah hilang mengeringi kamu diSana. We love you dad! Abd Aziz b Ismail. :'(
Al-Fatihah.





CINTA SEJATIKU DUNIA AKHIRAT :*

Terima Kasih Ya Allah. Semoga Ayah Tenang di Sana. :'(